Tenang yang takkan datang


Rutin harian sebelum kerja, 
akan risik doa ibu sebelum bergerak 
akan mohon doa ibu untuk hikmah 
akan mohon doa ibu untuk lindung 
akan mohon doa ibu untuk berjaya 
harapan agar hari dirai tanpa celaka 

setiap hari, tanpa gagal setiap hari ibu akan kata 
"Semoga Allah permudahkan perjalanan dan pekerjaan akak di hsj dan pulang ke PP dengan selamatnya. Aaamin, InsyaAllah"
 
ibu ati <3
then, ill conquer the world 
tipis semua kejayaan datang dari usaha sendiri
tidak ketenangan itu tanpa ibu
tidak gembira itu tanpa bangganya ibu
tidak bahagianya tanpa redha ibu
ianya semua dengan berkat doanya, 
tangan yang ditadahnya
penat bangun malamnya
airmata pedindingnya.

semua kerana ibu

how bu?
how i do this life?

tiada cahaya, tanpa sauh
tiada pelekat melekat erat
i lost purpose
i lost my routine

dipaksa rela
dikerah terima

how i miss you
ill do different bu,
ill call you every single day
ill be by yourside

tapi tenang itu direntap
tidak diganti
hanya penyesalan setiap hari 
yang diubat masa
mungkin bukan hari ini
tapi nanti

Comments

Popular Posts