Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Saturday, January 18

Breast Cancer: Alternative treatment? Isn't it an option?

Bukankah menakutkan,, apabila kita mungkin akan mati?
Bukankah menyakitkan? Perasaan risau itu?
Bukankah menyesakkan,, hati dan fikiran?

Fear to death.
Fear to this disease
Fear to cope
Fear to accept

Dan kita akan terus deny, 
Sampai, apa sahaja yang orang cakap kita akan ikut
Asal kita dapat perasaan lega tersebut.
Bebas.

Aku sihat!

izzatinawawi, Jan 2014

September 2013,

Aku pulang apabila selesai segala urusan permindahan. And here I am again. Home
Seusai sampai sahaja, ibu ajak pergi Pantai Remis, katanya nak berubat

Sort of bomoh ke ibu?
Takkla,, mcam ustaz,, ada yang boleh baik

Belum lagi jejak rumah,, ibu dah angkut aku pergi ke sana bersama dengan 2 orang kawannya.
Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 45 minit dari Manjung
Aku ikutkan keinginan ibu,
Mungkin kerana dia risau, takut, dan cuba deny benda yang tak pasti lagi.

Aku on scientific side
Mana mungkin,, segala ilmu yang ak belajar 6 tahun lepas tak berguna?
Mana mungkin medicine bring harm than good?

Tapi..
Tak rugi pun usaha kan?

Sampai je rumah p.cik ini,, 
Kawan2 ibu pun bercerita tentang masalah ibu..

Kawan ibu, Mak cik A
Beliau juga suffer breast cancer,
But she's standing on alternative ways in managing penyakit dia.
Tak accept langsung ubat2 doktor.
Beliau amalkan air penawar, biji aprikot, belalai gajah
And for past 6 years, beliau still fighting.
Dan menurut beliau, bahagian payudara dia dah keras mcm batu.

Tapi, siapa kita nk menidakkan kepercayaan dia?
Masing2 ada their own opinion.
Yang penting kena ada usaha dan tawakal.
Allah always know the best
Allah yang beri musibah, dan Allah jugala yang akan bagi penawarnya

Bila p.cik ni dengar kisah ibu, dia terus panggil isterinya.
Ok,, nmpak bagus la,, sebab dia tak pegang2 wanita yg bukan muhrimnya

M.cik ni pegang2 bijik tu..
Ada la dalam 4..5 minit dia jamah.
Habis je, Mcik ni kata

Ni bukan kanser ni. Bijik ni belum jadi lagi kanser,
Dia duduk dalam urat lagi.
Ada pergi check doktor ka?

Huhuhuhu,,
mcik ni pon suh dok jumpa doktor.





So, kami pulang petang itu,
Tanpa konklusi yang baik
Hanya kata2 penyedap hati

Dalam kereta, dengarla perbincangan m.cik A

Nanti, aku bawak pergi jumpa sorang ni,,
Dia sakit kanser, Tpi dok makan ubat doktor,
La ni,, dah 2,2 bijik kena.

Keesokkan harinya,, seperti dijanjikan,, smpai laa kat rumah pesakit Z
Mcik ni suffer breast cancer stage 4
Under Chemotherapy.
Tapi, sekarang benda tu metastasis to other breast
After dia tahu pasal benda tu,, terus dia berubat kampung.
Jumpa sorang pawang ni kat taiping.
After jumpa,, doc cannot detect the harm cells on that breast,,

wah.. majik
Muka ibu, berseri2.. seolah2 ada cahaya keluar.
Tapi.. pengalaman dengan pawang tu, buat ibu pk 18 kali kot.

menurut pesakit Z

nak kena pergi 3 kali...
bila pergi sana,.. dok dalam satu bilik dengan isteri pawang tersebut, berkain batik.
pawang ni akan lari nun jauh g dalam hutan
pastu, dah habis sesi tu,,
bolehla balik.... tapi takleh pakai baju apa pon..
balik pakai kain batik tu..
dan tak boleh mandi.. smpai laa keesokkan harinya

Apakah? ApakaH???
bunyi pelik wei
seriau aku
ntah betul.. ntah tak
aku bisik kat ibu,,

kita boleh jatuh syirik bu,, takut ati


Kami pulang petang tu.. dengan
rasa takut.. sebab tengok pesakit Z gugur rambut,, n tangan yg dioperate tak boleh dgunakan
rasa risau.. sebab beliau kata.. kalo nak berubat kampung.. jangan belah.. sebab kanser ni dia alah dengan pisau.
prasangka.. pening mana nak ikut.

sampai rumah... share ngan abah
dan abah tak setuju dengan option for alternative treatment

Aku nasihatkan ibu

Ibu,,, scientific approach is a management yang proved berkesan















Tuesday, January 14

how things get started

Hari Raya Aidilfitri 2013,

It happened around here. Exact date, aku tak sure,

Tapi yang pasti,, waktu aku nak berangkat balik ke KL, ibu mintak aku check kan bawah ketiak dia, sebab dia concern yg ada bijik kat stu..

Aku pegang, memang betul ada something kat situ. Kecik, keras..n menyakitkkan.

Sebab aku nak berangkat pulang, aku just advicekan ibu untuk pergi check up. Waktu tu tak berapa merisaukan sangat. Aku just rasa ibu paranoid, sebab waktu Ramadhan lepas, ada jiran yang meninggal sebab breast cancer.

My neighbour, is a mother for 4 children. Dia pass away waktu Ramadhan. Yang aku tahu, dia dah lama suffer sakit ni. N ada beberapa kali aku ditarik ibu untuk melawatnya. Anak beliau kecik2 lagi. the eldest dah kahwin waktu Rejab last year.

Hidup ditempuh as usual,, takde apa..

after a while, ibu inform, Doc kat HAT (Hospital Angkatan Tentera), refer for mammogram.
sedih jugala sebab tak boleh nak stand beside ibu, when she need to do that test. .

i dont thing yg sibling aku concern pasal hal ini. Semua pun kecik2 lagi. N of corse, awareness on what actually happened is low jugak lor.

My parents orang biasa2 je. Abah x-navy, and ibu full time housewife. Tapi aku bersyukur sebab mereka berusaha untuk lengakapkan aku dan adik2 dengan ilmu. Dan dengan ijazah yang aku ada, memang mereka bergantung kat aku,, untuk nak decide benda2 medical ni. Dengan ilmu aku yg secooet ni, nak kena banyak membaca aa.. Try tanya kawan2 semua, if sape2 tahu apa actually keadaan yang aku tengah face ni.

Tak berapa lama kemudian,, aku behenti keja dek kerana business closure.

Dan aku dapat follow everything that happened to ibu.


Monday, January 13

A life changing event

Assalamualaikum.

Family means everything for me. 
And it appear, what i'm doing now is for them, totally.

In October 2013, ak start menganggur. Sebab company tutup. Di saat tu, memang tak rasa langsung nak laju-laju cari keja lain. Just rasa nk duduk rumah, nak cuti raya haji sepuasnya. 

Benarlah kata pepatah,, 
rumahku, syurgaku..
Seronok duduk rumah.. 

Sampai satu masa,, kita rasa boring nk hidup camtu,, Allah datangkan rezeki temuduga utk Pegawai Pemulihan Perubatan. Benda yang most audiologist nak. Security.. Stability.. n Goverment..

After a month, result SPA keluar..
Expectation utk bersedia nak keja di mana saja,, lebur
Bila aku hanya... Simpanan Lantikan

Bila rasa nak meraung salahkan takdir,, hati baik ku (kononnya), pujuk.. mungkin ada hikmah behind. 
Dan sekarang, aku sangat bersyukur dengan segala ketentuan tuhan.

After a week or 2,, 2nd weeks November,, bermimpi nak cari keja private. Just to keep income coming. Tapi ketentuan Allah,, takde sape boleh halang.

Ibu been diagnosed with Breast Cancer, Stage 2A.. mastectomy done, currently on chemotheraphy.

Blog ini,, aku dedicate untuk ibu.
I see u as a fighter, and i want the whole world know, how a fighter you are mum =)