Daisypath Friendship tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday, December 5

Anatomi : Telinga Tengah


okay.. sebab topik hari ni, agak sukar sikit nak cerita.. aku kena revise balik buku, n nak simplified bukan senang yer...so, kat atas ada gambar rubik.. so, let imagine, this is your middle ear..if u all perasan, suppose rubik ada 6 muka kan? dalam gmbar ada warna biru,merah,kuning, hijau( opposite merah wall), putih (opposite biru wall), ngan hitam ( opposite yellow wall)..
to make things simpler....cara mcmana kita pegang rubik ni, akan tolong memudahkan kita kenal part2 middle ear...
pegang rubik tu, n hadapkkan yg warna merah kat depan...jadi

merah  : lateral side
hijau    : medial side
kuning:  anterior side
hitam   : posterior side
biru     : superior side
putih   : inferior side

jadi, middle ear, adalah satu rumah.. yang vakum..yang terletak di dalam tulang temporal. part yang termasuk dalam middle ear adalah, 1) gegendang telinga, 2) tulang oksikal

ok jom buat cross-sect rumah telinga tengah ini...
the lateral side.. adalah part dimana terletaknya gegendang telinga,
medial adalah tempat letaknya tingkap bulat dan tingkap bujur,
anterior wall adalah dinding yang pegang tiub eustachio
posterior walll bersambung dgn Aditus
inferior wall formed by tiny bony plate ( fundus tympani)
superior adalah atap dinding2 yang lain, dan ia separates the middle ear cavity from cranial cavity..

so. ada 6 landmarks... ^.....^
(oohh memang tibe2 teringat mcmana seksa aku hafal benda ni,, tp, bila nak revise balik.. dlm kepala takde paper...... perlu amik buku untuk membantu)

kemudian, kita tgk plak anatomi gegendang telinga


Anterior

Posterior

gegendang telinga dibahagi kpada 2 bahgian.. ada 1) pars Tensa (bawah), and 2) pars Flaccida (atas)
kedudukan gegndang telinga adlah senget 55 degree to the canal. gegendang telinga ni smooth, translucent and sometime transparent ( Gelfand, 1997). gegendang telinga ni memegang tulang malleus( tulang pertama tulang oksikel).

sampai sini jer la eh.. t continued.. sgt penat membaca..


References:
1) gambar2 hasil download dr cik go0gle



Tuesday, November 30

sometimes.. we need to let go

bila sunyi sendiri..
kita akan, meratapi..
apa lagi yang kita tak miliki..
bila kita menangis sepi..
kita akan menyelidiki..
apa lagi yang belum kita punyai..

apabila kita sedar..
yang sebenarnya kita kurang..
kita akan tengok, mana silap kita..
sampai.. Tuhan tak bagi...
bila kita tengok org lain gembira...
berkongsi suka duka..
kita akan lihat, kelemahan yang kita ada..
sampai.. Tuhan tak bagi..
kita bahgia..

sometime...
itu bukan milik kita..
bukan kita punya..
n, bukan hak kita...

kita sedih macamana..
sakit macamana..
meraung, meratap macamana pun..
kalau bukan itu sudahnya..

maka bukann.. B.U.K.A.N!!




kau bukan milikku

Saturday, November 27

hiasi diri sendiri


Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.
Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.
Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa.

Thursday, November 25

bila takde orang yang sesuai lagi untuk aku

sunyi betul dok bilik sorang2.. macam tak tahu apa benda nak buat..
life seminggu.. sak!!
pagi2.. pergi hospital... tghhari balik.. tido...
itu jerla... yg dibuat seminggu ni..
sakit kot ko buat aku...

aku tak sangka plak, tangan yang selalu memimpin.. 
tinggalkan aku begitu saja...
suara yang selalu memujuk...
mengendahkan aku, sekelip mata....
bahu itu yang sama memikul...
membuang segala rasa...
dengan tiba-tiba..
aku takde saper2..

aku selalu harapkan..
yang satu hari nanti.. ada bahgia yang sebenar untuk aku..
hidup, takde teman.. takda kawan,
buat mata aku tak sudah ngn air mata..
buat dada ni, sesak tak terkata..
buat hati ni, mati tanpa rasa...

kau biarkan aku..
dikala aku perlukan kau..
kau menangkan orang...
yang tak tentu dibuat untuk kau...
kau buang aku..
kerana chenta kau..
yer.. aku...
aku yang kau tolak.... ditolak2 kesana sini...
hanya untuk kau...

bila ada yang melantang suara...
kadang2...
aku rasa.....
kau tak terpikir pun..
apa hak aku..
apa pengorbanan aku...
aa aku dh buat...
tp? dalam kepala kau?
chenta lebih hebat.... aku kau tolak tepi... menangis sendiri...

esok akan pulang...
aku akan mendakap ibu lagi..
yer.. kawanku yang hakiki.....
yang selalu ada, biarkan aku biar sepi...
ati akan pulang bu.... esok!!!

Wednesday, November 24

bila takde---> kita akan lebih menghargai

hari ni.. bila duduk sorang2.. dalam bilik melantun2... dalam kepala ada 1 benda jer... seronoknya kalau ada teman...
kawan ni... bila ada......
kita selalu marah dia..
kita selalu maki dia..
kita selalu pukul2 dia..
kita selalu tengking2.. mengamuk2....

bila kita rangkulkan semua... kita tak appreciate pun kehadiran dia..
bila duduk sorang2...
dalam hati.. terdetik.... kalau dia ada kan best!




i miss my koko very muchck




hanya ada lagi setahun lebih kan?

Saturday, November 20

Anatomi : telinga luar

untuk mendalami lagi pemahaman aku... aku suka nak share apa yang aku paham..
lagipun.. part anatomi ni.. benda yng dah lama aku tinggal.. since drK penat lelah mengajar aku menghafal saraf2 kranial... (ooo to touch and feel very green vegetable ahh<--- 12 CN)

jadi hari ni.. aku nak tulis pasal telinga luar.... telinga dibahagi kepada 3 bahagian.. 1)telinga luar, 2) telinga tengah, n 3) telinga dalam..

telinga luar include; cuping telinga & salur telinga....

Cuping telinga (pinna / Auricle)
struktur yang diperbuat dari rawan yang elastik .. terdiri daripada otot2.. kalau korang perasaan.. struktur cuping telinga kita ni, takdela cam kuali@ piring astro.. flat jer.. tp, berlapik2.. tak rata...
ada fungsinya.......
cuping telinga tolong collect n direct bunyi masuk ke dalam salur telinga.. permukaannya yng tak rata, buat bunyi tu melantun2 n lastly di directkan ke dalam salur telinga..

Salur telinga
salur telinga setiap manusia berbeza2.. ada yang berselekoh tajam.. ada yang besor lubangnya.. ada yang kecik... sempit... and secara average.. panjangnya dalam 3.5cm.. salur ni bukan straight.. kalu dicipta straight, senangla kalu lalat masuk.. lipas ker masuk,, mencederakan organ2 penting dalam telinga.. tp tak.. tuhan cipta salur telinga berselekoh.. dalam bentuk S-like.. jadi, structure ni, membantu memjaga gegendang telinga..

kita boleh bahagi salur telinga kepada 3 bhagian.. 1/3 bahagian luarnya, dibuat dari rawan.. manakala, 2/3 yg dalam terdiri dari tulang..bahagian rawan ada rerambut, yg bertanggungawab melindungi telinga.. as bulu hidung korang jugak.. it works as a filter... habuk2.. hama2.. rerambut ni akan tapis dahulu.. selain tu, kat part rawan ni jugak, terhasilnya minyak2.. n taik telinga... wax@cerumen secretion serve to lubricate and antimicrobial functions, and also keep the canal free from sampah sarap..


REFERENCE
1) gambar dr Mr Google
2) Gelfand S.A, Anatomy and Physiology of the Auditory sytem (1997), Essential of Audiology, Thieme, New York, pp 37-54

Friday, November 19

hebatnya telinga

telinga.. pendengaran.. istilah2 ni dah jadi asam keping hidup aku sekarang..
bila aku pkay2.. dulu.. apasal aku amik audiology.. aku sendiri pun tak tahu kenapa...
kenapa hearing? kenapa telinga??

sekarang, bila dah bergelumang dengan benda2 ni.. 3 tahun..
hearing is everything guys.....
as Hellen Keller said
“A worse misfortune than being blind because when you lose your vision, you lose contact with things, when you lose your hearing, you lose contact with people” 

tapi.. aku takleh la kata.. org buta tu, lebih beruntung dari orang pekak.. or vice versa... aku stand kat side sini.. n apa aku cakap boleh bawa kepada bias la kan..

telinga yang Tuhan cipta.. cukup cantik.....
it house inside the skull<--- disimpan baik2 kat dalam tulang temporal.. didalam eh,, tak mcm mata.. tersembul keluar
matang awal, <--- seawal 20 minggu, koklea.. dah matang.. yang membolehkan.. bunyi diproses awal....

Surah Al Mulk, verses 23; Allah SWT said, “Its He who has created you and made for you the faculties of hearing, seeing, feeling and understanding: little thank it is ye give”

selain tu jugak.. kalu org hilang pendengaran.. boleh ker dia bercakap? besembang gosip2 terkini? kalau hilang pendengaran tu terjadi selepas dia dapat percakapan,,, bolehla dia bersembang....
tapi,, kalu sejak dari kecik? tak dapat dengar segala bunyi.. yang penting.. boleh bersembang? dia tak tau bunyi /a/ tu camaner.. /ee/ cammaner.. camane nak bersembang??

impak hearing loss ni, lebih hebat dekat budak2 yang perlu membesar.. jadi.. pencegahan awal tu memang penting.. tapi kat Malaysia, kurang orang alert dengan masalah pendegaran ni..

Situasi1
mak risau anaknya y berumur 1tahun setengah,, tak boleh bercakap.. tapi, bila si mak tanya orang lain.. orang akan cakap.. "ala.. lambat sikit la tu dia bercakapnya, nanti bercakap la tu".....

Situasi 2
budak 3 tahun, tgk televisyen..sikit punya kuat.. volume tu nak up sampai maximum kot..mak ayah..tak pasan jugak yg budak ni ada masalah..

tindakan yang perlu.. ibu bapa.. perlu lebih peka.. peka dengan masalah ni... kalu aku ada anak nanti..
1) lepas jer lahir.. aku hantar buat hearing screening... takmau ada masalah dari lahir..
2) buat hearing check setiap tahun ker,, sebab.. budak2 ni, ada high tendency nak dapat infection... 






Monday, November 8

Saturday, November 6

otitis media = infeksi telinga tengah

definition: otitis media is an inflammation of part or all the mucoperiosteal lining of the middle ear cleft.
bahasa kasarnye: infeksi yang terjadi oleh kerana jangkitan di dinding telinga tengah.

otitis media boleh dibahagikan kepada 2 : 1) acute OM, 2) chronic OM... apa beza acute n chronic?? sudah mestilah jangka masa jangkitan itu....  bila sesuatu jangkitan itu sudah kronik-----> maka, akibatnyer lebih besar.. jangkitan boleh membuatkan telinga tengah bernanah...

bagaimana benda ni jadi?
jangkitan ni boleh terjadi dengan 3 cara...
1) via tiub eustachio..... ini adalah jalan yang paling common. dan, ini jugak antara faktor kenapa kanak2 adalah populasi utama yang akan terkena jangkitan kat teinga tengah ni..


  
gambar di atas menunjukkan perbezaan salur tiub eustahcio kanak2 dan dewasa... ia lebih wider, pendek dan menegak horizontally.. sebab2 keadaan anatomi yang kanak2 ada inilah, ventilation ia kurang. ini menyebabkan infeksi terjadi..

2) melalui telinga luar 
apabila berlakunya kebocoran di gegendang telinga... lubang ini jugak menjadi jalan bagaimana jangkitan boleh terjadi di telinga tengah..

3) melalui darah... tapi tak common..

bahaya ker? macamaner nak tahu?
symptoms2 yang mungkin akan ada pada seseorang yang ada jangkitan ini...
a) pekak + rasa penuh dalam telinga
b) sakit
c) bunyi2 dalam telinga...
d) demam...
e) keluar cecair dari telinga.....

kalau buat tak tahu jer? bolehker??
bergantung kepada keterukkan masalah itu.. kadang2 org tak peduli pun kalau telinga dia masuk air ke, rasa tak dengar ker... bila tanya,, asal tak jumpa doktor? alaa... masuk air jer... yelaaaa korang... memang boleh jadi doktor... ini antara gambar2 yang aku dedicate kat saper2 yang tak nak peduli pasal telinga dia..


ni kalau gegendang bengkak.. nampak tak air2 kat dalam tu..? kawasan tu, suppose vaccum

tengok.. ader lubang....



bila berlarutan.. tak kira lah jalan mana infeksi ini masuk... benda best2 yang jangkitan ni akan buat..
1) buat gegendang kurang bergetar... bila dah mencapai tahap yang teruk, dimana, jangkitan masuk melalui salur Eustachio, kat dalam telinga tengah yang sepatutnya VACUM,, diisi air.. penuh air.. penuh... jadi, gegendang akan bengkak.. bulging, and retracted.. ada jugak yang air tu jadi nanah.. bernanah2.. bau daging busuk...



bernanah dah tu.....



ini biler air dah penuh.. bubble2 tu, indicate ada ayor.. 


jadinya.. selain sakit.... pendengaran akan kurang sikit... sebab.. telinga tengah yang bertanggungjawab nak kuatkan bunyi dah tarak.. tulang ossicle duk dalam air weh... mana nak bergetar.....

dapatla korang.. conductive hearing loss...
masalah pendengaran yang TAK KEKAL










management???


kalau rasa ada.. sila buat ujian pendengaran n jumpa GP.... hearing loss ni boleh recover.. as long as..... infeksi tidak terukk..

Friday, November 5

taik telinga

entry ini dibuat sehari sebelum exam health management <--- perkhabaran symptom rajin maut + esok aku akan melangut tak tahu jawab....

jadi hari ni, nak belajar apa? yer.... kita belajar tentang taik teling ( pap..pap..pap.. tepuk tangan semua)


definasi: taik telinga adalah bahan perkhumuhan yang dikeluarkan oleh tisu di dalam salur telinga. so, benda apa yg dikeluarkan natural dari badan kita yang tak berguna? hingus untuk protection, taik mata pun sama.. lendir2 yang keluar waktu kita luka pun.. ada fungsinya... jadi.. taik telinga pun sama juga.. ia adalah sejenis bantuan pertahanan yang dihasilkan oleh ceruminious gland ( gland apa ha dalam bM?) yang bagus untuk badan.. orang define taik telinga.. milky.. oily.. ordorly... n apa2la ly2 yang lain.. so ikut koranglah nak define apa.. tapi.. buku cakap;

taik telinga/ ear wax/ cerumen: a modified sebacious secretion- is formed by the ceruminous glands. these glands, sweat glands and hairs only present in the lateral portion of the external ear canal.

fungsi?
1) ia tangkap n buang sampah2 keratin yang terhasil.. ada rerambut yang akan halang debu2, habuk2.. dari masuk ke dalam teinga..
salur telinga terbahagi kepada 2 bahgian. 1/3 part tulang, 2/3 cartillage.. di bahagian luar ni, adalah tempat dimana cerumen itu dihasilkan.. kat sini juga ada rerambut halus, yang berkerjasama untuk menjaga telinga kita..

2) to lubricate the canal
3) bacteriostatic - kat sini jugak ada produksi enzim, yang bertanggungjawab menjaga keharmoniaan persekitaraan telinga kita ( lysozyme)

apa yang big deal sangat tentang taik telinga ni? manusia2 zaman sekarang ni " buat fasad kat telinga" ( Dr. Raja, 2009).. fasad??

sapa yang suka korek telinga? over rajinn? pagi, malam nak korek.. cutton bud dah macam necessity things yang memang wajib dibeli waktu masuk sem.. sebab.. 1 sem.. 3 pek cutton bud.. habis... ( tak taula korang supplier ker.. share ngan kawan2 ker kan).. rajin giler... pass mandi, korek.. gatal, korek... takde buat aper pun.. atas sebab boring pun, org korek telinga ( geleng kepala)... tak mengaku lagi?? tak nak mengaku yer.... so.. sapa2 yang suka buat hobi menarah natural setting dalam telinga.. dr. Raja kata... korang buat fasad kat telinga sendiri.....

"alaa... kalu tak korek.. banyak la taik telinga...."
"alaa... kalu tak korek.... rasa gatal laa..."
"alaaa kalu tak korek, malu la orang tengok taik telinga terkeluar2 dr telinga...."

eee.. la....... tak potong kuku takpe plak........ part telinga over bersih pulak korang ye..


scene 1..
abg A sedang melombong taik hidungnya.. dikorek2.. sampai dah dirasa luas angin disedut.. aahhh.. best... pastu? sakit hidung.. mucus merembes2 keluar.. ha.. padan muka..

scene 2..
cik XD...... meneyeh2 matanya... wee.. gatal2.. genyeh lagi......... stop!! oowh.. matanyer sudah merah... ada inflammation.... eee.. berair2 palk...... haaa.. pdan mukaaa........

dah tu.. kalu korek telinga?? takde effect??????? nehi2........

sape2 yang guna kunci, kuku, cutton bud untuk korek telinga....
korang actually dah ganggu natural environment dlm telinga tu....
korang korek.. korang actually traumatize/ melukakan telinga tersebut...
jadi la merah2 kat dinding salur telinga tu.. pastu..? kalu bengkak? nanah? dpatla.. infeksi telinga luar ( otitis externa).... wktu tu.. nak pegang cuping telinga pun.......? tak boleh okay......!

yang melombong dalam2... korang ada potential untuk tolak.. taik telinga tu.. lebih dalam... n lastly masuk kat part tulang.... tahukah anda... bony part is highly vascularized??? byk darah okay.. kalu kat situ di impede oleh taik telinga yang berkumpul?? agak2.. tak sakit ke???





(owh.. perlu try dulu ni... baru tau sakit ker tak..)



dan yang lebih hebat lagi.......... korang tolak smpai pecah gegendang telinga... ish222.... dasyat sangat sensation org korek telinga.. sbab.. sodappp.....

dahtu???
tak boleh korek telinga??
dia bersih sendiri ker??????? sapa yang usaha membersihkannya? bukan aku hire janitor tolong basuhkan telinga.. (dush2.. perlu ditumbuk kuat2 sape2 yang buat statement ni)

adalah............ sapa tau?
jawapannyer,., telinga kita la yang buang sendiri....
ada desquamazation..

eh? kuku memanjang kan? dia dtang dari mana ha?
kenapa dia memanjang?
pk2..pk2...





Tuesday, October 5

audiologist vs otolaryngologist

assalamualaikum..
this is my first entry yang cakap pasal benda2 ilmiah ni..
currently, my heart now already deep attached with audio field..
so, sebab kena selalu REVISE nota2 yang dolu2..
i amik inisiatif, untuk tulis kat blog yang kosong nie..
dari buat entry mengarut2.. baik tolong sape2 yang perlu.. kan??

untuk first entry ni.. nak cerita pasal profession audiologist..
i'm currently is a 3rd year student of Audiology at IIUM..

bila orang tanya:
orang2: amik apa kat uia
saya: Audiologist
orang2: apa tu?
saya: pakar pendengaran
orang2: ENT?
saya: saya specialist untuk pendengaran jer..
orang2: pakar la jugak tu.... wah, nak jadi doktor dah dia..
saya: ........... diam, sambil sengih kerang busuk

ada tak sapa2 yang hadapi situasi yang sama?
actually, people memang tak familiar ngan additional professional yang support health system..
yang diorang tahu.. doktor, nurse...
keja hospital.. jumpa patient... doktor...
so, susah sangat nak educate.. kecuali for certain people yang aware dengan profession ni..

jadi.. apa itu Audiology.. become an Audiologist? apa beza ngan otolaryngology?
first n for most.. untuk sape2 yang nak involve dalam field ni, " awak bukan doktor ye"
tapi.. doktor perlu kepakaran audiologist dalam dealing ngan people who having hearing loss..
ear problem.. ngan hearing problem.. beza kan?
audiologist manage, asses people who having hearing loss.., kita manage with prescribing hearing aids. but, we didnt treat.. treatment, bagi ubat.. suma keja doktor ENT...
kalu pasal hearing loss, audiologist is the main professional..

beza tak? beza kan....
tapi... suma profession ni salaing bergantung.. doktor perlukan audiologist untuk diagnose, manage patient yang ada hearing problem, n audiologist perlukan ENT untuk treat patient yang ada masalah2 sarap yang menyebabkan hearing loss..

audiologist punya field.. sangat besarr.. sangat luas...
kalu minat anatomy, minat benda2 physiology.. ada electrophysiological test yang membolehkan seorang audiologist masuk ke OPERATION THEATER ye.. boleh supervise nerve2 semua..
kalu minat ngan device, terror bab2 program nie... Hearing Aids ada.. sure! korang akan kalah ngan kecangihannyer..... beribu2 manufacture jual hearing aid tau..! program lain, setting lain...
kalu minat ngan engineer.. ada audio engineer.. boleh buat macam alat.. nak uji, nak baiki.. pendengaran...
kalu minat budak2.. ada peadiatric audiology.. yang semestinya.. komuniti ini.. sangat SUSAH untuk diperiksa....
tryla... 4 bulan dah masuk klinik ni.. Audio memang besar.. macam2.. lagi2 kalu kerja bawah setting ENT, banyak kot penyakit2 yang kita kena aware.. contohnya.. otitis media, osteogenesis imperfecta, nasopharyngeal carcinoma... wah.. memang bayakkk sangat..
tak mustahil nanti.. bila org tanya pasal disease yang berkait ngan telinga.. kita tak tahu..
patient kita.. 70% di Refer dari ENT....

Friday, October 1

2052pm

hari ini..
kita bergembira..
melayan segala tawa..
mengimbau segala rahsia...

hari ini,
mungkin takkan sama..
bila kita..
sibuk dengan tuntutan..
kalah dengan pengurusan...
setiap saat dibiar sepi..
setiap hari berlalu pergi..

tapi..
kita mampu ubah..
ubah segala arah..
agar masa yang berubah..
kita takkan kalah..

Sunday, September 19

hyperthemia... 40 celcius

yesterday.. hari yang mendebarkan..
kawan kesayangan ramai.. telah diserang demam yng tak kebah2..
aku risau.. khuatir..
jadi pg td.. around 0000, aku bawa beliau ke hospital...
penat menunggu, sakit mencengkam, ditambah pergolakkan kepala.. buat aku kalah dengan emosi yang bergelodak di hati..
serious! SEDIH..

aku nampak kepalanya mengerut menahan sakit..
aku lihat air matanya menahan perit..
aku lihat bagaimana peritnya, mengeluarkan segala isi perut..
aku lihat kakinya lemah melangkah..
aku lihat betapa kering bibirnya menahan panas...
aku nampak bagaimana susah seteguk air untuk diteguk...
betapa pahit sebutir nasik..
betapa manis sebijik ubat...
sedih.. sayu aku melihat..


aku hanya boleh menunggu sepi..
memohon.. agar.. kesulitan itu dipermudahkan....
aku hanya boleh membasuh tubuh,,
berharap.. agar segala panas, hilang..
aku hanya boleh menyuap nasik..
berdoa.. agar ia diterima badan.. memberi seikat tenaga...
aku hnya boleh.. itu..
itu sahaja..........

NUR SYAZRIENA GHAZALI
cepat sembuh ye..
kiki risau....

Friday, September 17

kerana kesilapan smalam, tiada lg kemaafan pda hari ini..
kerana dendam semalam, tiada lagi kasih pda hari ini..
kerana sejarah semalam, tiada lagi kisah pda hari ini..
kerana kebencian semalam, tiada lagi sayang pda hari ini...

Wednesday, September 15

QANAAH...


''Redha & bersyukurlah dgn apa yg diberikan Allah kpdmu,
nescaya engkau menjadi org yg paling kaya."(HR TIRMIDZI)


help me Allah....
so i can being the qanaah servant!

Tuesday, September 14

sakit otak

kalau boleh..
aku nak undurkan masa..
kalau boleh..
aku tak nak kenal ko..
kalau boleh..
aku tak nak tahu pasal ko..
kalau boleh..
aku nak buang segala rasa..
kalau boleh..
aku tak nak berkongsi hati..
kalau boleh..
aku tak nak sayang..
kalau boleh..
aku tak nak kasih..
kalau boleh..
aku tak nak bergantung..
kalau..
kalau..
kalau.....
aku boleh buang ko dari hidup aku..
aku akan........
sebab mengenali ko..
hanya mengajar aku..
erti sakit..
pedih..
benci..
kecewa..
derita....

ye...
aku sayang orang yang tak menghargai aku..
seperti aku menghargai dia..
ye..
aku sayang orang yang tak kenang budi..
membunag aku sekelip mata..
ye..
aku kasih orang yang salah..
sebab.. semuanya.... sampah...

aku mengonggong..
menyalak..
menjerit..
tapi siapa dengar?
mcam @W%&&*(&*(

bodohnya aku..
bodohnya aku..
bodohnya aku..
bodohnya...
bodohnyaa


Sunday, September 12

sorry?

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there
What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word
What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word





2nd raya @Ipoh

ipoh..ipoh...
ipoh was my 2nd hometown after teluk intan..
n it was a home for most of my relatives..
thus, it was a necessity to go there, celebrating hari raya..









Saturday, September 11

bila tiba RAYa... it'scamera-holic's day toooo

so... apa yang dijanjikan.. akan ditunaikan...
apa jadi 1 syawal? seperti dikhabarkan dalam entri semalam.. izat n family leaving abah n ijah, went to Teluk Intan.. celebrating EidulFitri there....

jadi? apa jadi???
pagi2... raya.. after sembahyang raya.. kami adik beradik akan menerkam kamera.. meperagakan baju baru.. hehhe.. mmg semua cam orang gila... angah jugak la yang jadi cameraman sejati.. melayan permintaan adik2nya... sudahnya.. gambar dia kurang... sian..

elly, abby, dyna n me




the only Nawi's daughter this morning... ijah was working

berpeleseran makan2..


ceti kira duit raya... sebab hutang over the debit income

as i expected..... bia aku p sembhyang pun.... mereka pasti bergambaarrr...


then, kami sekeluarga bertolak pergi ke Teluk Intan...
pergi visit Atuk's Grave..
p jalan2 rumah sepupu2 spapat..
beramah mesra..
bershare cerita...
daripada duk tgk tb saja...
apa ada..........
baik beramah gembira...
lagi bahgia.....
baru bermakna... raya yang mulia.....


kat umah opah 1

ibu n saya
alan n saya
saya dan mereka

rumah dan setia....

Friday, September 10

Allahuakhbar.. allahuakhbar.. allahuakbar

1 Syawal 1431 H..
sepi... kini Ramadhan pergi lagi...
mungkinkah akan berhasil perjuangan menentang Nafsu tempoh hari?
mungkinkah aku dapat melalui pemfitrahan ini?
mungkinkah perjuangan ini berhasil memupuk takwa?
atau? mungkin ia akan kembali seperti dulu...?
ku hanya mampu berdoa.. mengharap...
hati yg dididik... mampu bertahan..
mampu melawan setiap nafsu....
setiap kehendak..
setiap kemarahan....

dan kini.. Syawal datang lagi...
malam2 raya lagi dah gado ngan koko..
n azabnya,, pagi rayaku tiada panggilan khas dari sahabatku itu..
rupanya.. aku tak mampu melawan kemarahanku..
menanam iman.. menyemai takwa..
nafsu amarahku tak mampu ku kawal...
maafkan aku sahabat.. kerna aku.. aku tak mampu...
rupanya didikan ini.. perlu berterusan..
alangkah indahnya jika Ramdhan datang setahun.....
mungkin..
aku akan dapat tarbiah yang lebih baik........

tp, alhamdulillah..
tahun ini, aku dapat tunaikan hajatku untuk bersembhayang raya di masjid..
dek didikan dan tunjuk ajar sahabtku..
aku mampu.. berhijrah ke lebih baik...
alhamdulillah

fst Syawal.. abah dan ijah tak dapat bersama..
dek kerana tuntutan kerja..
sedih plak tak dapat tgk abah pakai baju raya..
hmm... itula pengorbanan abahku..
untuk seperiuk nasik..
membeli berekor2 ayam...
bagi memastikan..
raya tahun ini...... HIDUP

tahun ni beraya di Teluk Intan........
butirannya.. akan ku tulis... nanti
pastinyaa,,,,,, BEST


Tuesday, September 7

8 SEPT

today entry.. is just for my best friends in this entire life..
yes you.. Syazriena Ghazali...

it had been 4 years now.. i still remember, how we met.. how we went to class together.. how we went to town.. how we spending almost 24/7 a day.. n perhaps.. yes it's 24/7..

and i still remember how we celebrate your 18th..
how we laugh n cheer on that day..
it's touched.. it's pleasant.. n it is the sweetest moment..
i still remembered how i manage to sent a message, right on 0001 at that day.. yes, its a minute late..but, yet.. i still remember the feeling that i feel on that moment..

all the years that we had together..
had brought much of tears, laugh..
each second brought us here.. built our friendship..
cause it to grow stronger... deeper...
like the grown tree, as i told u before..

ooh gee..
how the hell i would erase the moment when you fooling around singing the kimkambai song..
it was the best moment ever.. ooo... you are too good in remembering that song..
i still remember how we always, recording each seconds at matric before.. n, when i seeing that video again.. it brought me to that day again.. n again.. n again..

i realize how we had attached..
we had shared, almost everything..
n it make u the best..
the best that i ever had!!!!

so, TODAY...
my KOKO.. happy BIG day cayunk..
i will always pray for u..
your happiness.. your success...
my pray.. will always been with you...
n..
yes..
i will stand still here...
up till u throw me..


SWEET 22nD

Saturday, September 4

bila bulan bertukar lagi




hari ni... sudah pulang ke rumah...
25 RAMADHAN....
hurm... apa jado 25 Ramadhan?
antara tarikh keramat..
yang membawa kemenangan kepada orang islam





oh koko..
i miss u oready

Thursday, September 2

a true muslimah.... besar pahalanya...

kelebihan seorang wanita..


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Tuesday, August 31

ukhuwah terbentuk.....



bila aku dahaga.. tuhan berikan hujan sebagai air..
bila aku lapar, tanah terbentang mintak diusahakan...
bila aku sedih... senyum seorang ibu amat mengiurkan..
bila aku sunyi, kehadiran seorang sahabat amat menenangkan...

thanks ALLAH..
U give me one..
and i will always glad...
i had have one...

when in the future, im been alone..
i will look forward, and forward... to move on..
there's nothing behind that i regret most..
because i had her in my ways...